Kunjungan Naib Canselor UPM Ke Pusat Perhubungan Alumni UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kunjungan Naib Canselor UPM Ke Pusat Perhubungan Alumni UPM

Kunjungan Naib Canselor UPM Ke Pusat Perhubungan Alumni UPM

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 31 Julai - Sekitar kunjungan YBhg. Dato' Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM ke Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Kunjungan singkat ini memberi makna yang besar kepada seluruh staf ARCUPM. Meskipun ianya hanyalah lawatan singkat, namun sesi perkongsian dan perbincangan bersama Dato’ Naib Canselor menyuntik semangat untuk semua warga ARCUPM lebih bersemangat untuk memberikan khidmat bakti yang cemerlang. 

Dalam kunjungan ini, YBhg. Dato' Naib Canselor telah disambut oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad dan warga ARCUPM, Timbalan Pengarah, YBrs. Dr. Mokrish Ajat semua staf ARCUPM. 

 

Dato’ Naib Canselor sempat mendengar pembentangan mengenai ARCUPM daripada Pengarah ARCUPM mengenai hala tuju, program dan aktiviti yang sedang dan bakal dijalankan. Dato’ Naib Canselor juga sempat memberikan beberapa input penting kepada ARCUPM dalam usaha memantapkan lagi perhubungan bersama alumni UPM terutamanya alumni antarabangsa. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan daripada Dato’ Naib Canselor. Semoga ukhuwah antara pengurusan tertinggi universiti dan juga warga UPM akan terus mekar dalam usaha bersama-sama kita menjayakan visi dan misi UPM.  

Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:11:59~noCache