Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin
Disunting oleh: Suziana binti Che Wil
SERDANG, 21 Mei – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) menerima kunjungan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM sesi 2025/2026 yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP, Saudara Nuqman Naufal, dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan pelajar dan komuniti alumni universiti.
Pertemuan tersebut dijangka menjadi medium penting dalam membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara mahasiswa dan alumni, sekali gus menyokong pembangunan universiti secara menyeluruh dan berterusan.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, En. Fahmi Azar Mistar yang berkongsi pandangan serta aspirasi berkaitan usaha memperkasakan hubungan antara mahasiswa dan alumni universiti.
Sesi pertemuan itu dilihat sebagai langkah positif dalam mengukuhkan jaringan komunikasi dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, selain mewujudkan peluang penglibatan alumni yang lebih aktif dalam pembangunan mahasiswa.

Usaha berterusan ini diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh hubungan silaturahim serta menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih bermakna antara mahasiswa dan alumni UPM pada masa hadapan.
Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor