Serdang, 6 Jun 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada dua Ahli Lembaga Pengarah UPM yang dihormati, iaitu YBhg. Dato' Hj. Mohamad Satim Diman dan YBhg. Encik Mohamad Sabrie Mohamad Salleh pada 6 Jun 2025.

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar, yang turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan aktiviti dan inisiatif alumni di universiti. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Tuan Haji Wan Ali, wakil daripada Persatuan Alumni UPM (PAUPM), yang turut serta dalam memeriahkan pertemuan ini.

Pusat Perhubungan Alumni UPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Hj. Mohamad Satim Diman, YBhg. Encik Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, serta Tuan Haji Wan Ali atas kesudian mereka meluangkan masa berharga untuk mengadakan kunjungan ini. Kehadiran mereka bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan terhadap inisiatif alumni, malah turut memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan universiti dan komuniti alumni.
Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 17/06/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor