Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 27 September - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), yang diketuai oleh Dekan FPV UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan (Alumni Kelas 2019).
Kunjungan ini berjaya mengesan enam orang alumni UPM yang kini berkhidmat di FPV UMK dalam akademik. Kehadiran alumni yang kini memegang jawatan penting dalam institusi lain menunjukkan ikatan yang kuat antara alumni dan alma mater, sekaligus mencerminkan semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan bersama.
Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah staf FPV UMK, yang bersama-sama dengan Prof. Madya Dr. Farhan Hanif, menunjukkan komitmen terhadap usaha memperkukuh jaringan kerjasama.
Delegasi FPV UMK telah disambut dengan mesra oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, yang mengalu-alukan kunjungan tersebut.
Antara alumni UPM yang telah dikesan dan turut serta dalam pertemuan ini ialah:
Pertemuan ini diadakan dengan harapan untuk terus memperkukuhkan hubungan institusi antara UPM dan UMK, sekaligus membuka lebih banyak peluang kerjasama akademik serta penyelidikan pada masa hadapan. ARCUPM komited untuk memastikan hubungan baik dengan para alumni terus terjalin dan berkembang, demi manfaat bersama serta kecemerlangan institusi.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor