SERDANG, 30 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini menyaksikan detik bersejarah melalui Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 pada hari pertama.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan titah bahawa baginda tidak berkenan cadangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Pertanian Malaysia.
Majlis yang penuh bermakna ini telah meraikan lebih daripada 6,000 graduan daripada pelbagai bidang pengajian, termasuk prasiswazah, siswazah, dan doktor falsafah (PhD), sebagai tanda kejayaan mereka dalam menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi terkemuka ini.
Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk para graduan yang mengenakan jubah akademik, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Naib Canselor UPM, YBhg.Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Dalam ucapan beliau, YBhg.Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan menzahirkan ucapan tahniah kepada para graduan atas pencapaian mereka dan memberi peringatan tentang tanggungjawab besar yang kini berada di tangan mereka sebagai pemimpin masa depan. Beliau turut menekankan pentingnya nilai integriti, kepimpinan, dan semangat inovasi dalam menghadapi cabaran global.
Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 30/12/2024 | anishannani
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor