Oleh: Shahirah Alia Azahar
Suntingan: Suziana Che Wil
Sarawak, 19 Oktober - Konvensyen ini menjadi platform penting untuk memupuk semangat keusahawanan dan inovasi dalam kalangan masyarakat. YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM hadir sebagai tanda sokongan kepada konvensyen ini.
Konvensyen ini bertujuan memperkasakan usahawan alumni dan mewujudkan ekosistem yang mampu berdaya saing dalam menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi global.
Berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), acara ini menampilkan 38 pempamer, dengan 36 daripadanya daripada Universiti Awam. Antara pempamer ialah alumni UPM yang berjaya seperti Encik Ugak Anak Sanggau (Alumni Kelas 2002), Pengasas Sofield Agrobio Resources Sdn Bhd, dan Haji Musa Haji Brahim (Alumni Kelas 1983), Pengerusi Borneo Eco Fish Sdn Bhd.
Tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, MAlumni, TalentCorp, MDEC, PROTÉGÉ, serta semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini. Sesungguhnya, keusahawanan alumni dan generasi muda adalah kunci kepada masa depan yang lebih mapan.
Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 06/01/2025 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor