OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur

Serdang, 26 Februari - Seramai 27 alumni dari Batch 1981-1984 Diploma Pertanian, Kolej Pendita 3 kembali ke alma mater mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Februari 2025 untuk satu pertemuan penuh nostalgia. Majlis reunion ini berlangsung dalam suasana mesra di Laperrenti Restaurant, UPM, menyatukan sahabat lama yang pernah berkongsi detik-detik berharga lebih 40 tahun lalu.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Mohd Fauzi Mohd Zain, selaku pengerusi majlis, sebelum Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, mengambil alih sebagai pengacara majlis. Momen ini bukan sekadar pertemuan biasa—ia menjadi ruang untuk berkongsi kisah kehidupan, kejayaan, dan cabaran yang dilalui sejak meninggalkan bangku universiti.
Makan tengah hari menjadi detik santai yang penuh dengan gelak tawa dan cerita-cerita lama, menghidupkan kembali semangat persahabatan yang tidak pernah pudar.
Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor