KENANGAN TERINDAH BERSAMA DR. PETER WILKINS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » KENANGAN TERINDAH BERSAMA DR. PETER WILKINS

KENANGAN TERINDAH BERSAMA DR. PETER WILKINS

Serdang, 28 Jun 2025, satu sesi Reunion Lunch yang penuh makna telah berlangsung di Restoran Astana Putra, UPM Serdang bagi menyambut kepulangan semula Dr. Peter Wilkins ke kampus tercinta. Beliau merupakan mantan pensyarah dalam bidang Fizik dan Kejuruteraan di Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 1970-an yang telah banyak mencurahkan ilmu dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal kepada para pelajar ketika itu. Setelah sekian lama berkhidmat, beliau meneruskan kerjaya dalam dasar awam dan pentadbiran di Australia.

Kini, setelah lebih lima dekad, beliau kembali ke Malaysia untuk bertemu semula dengan bekas pelajar dan rakan pensyarah dalam suasana yang cukup mesra dan penuh nostalgia. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan kembali silaturahim, malah menjadi platform untuk mengenang jasa beliau serta mendengar amanat yang cukup bermakna: “Sentiasa jelas dengan matlamat, tetapi terbuka dengan peluang dan laluan baharu dalam hidup.”

Kehadiran beliau mencetuskan inspirasi dan membangkitkan semangat kekeluargaan dalam kalangan alumni serta warga UPM yang pernah merasai sentuhan ilmu dan bimbingannya.

Tarikh Input: 10/07/2025 | Kemaskini: 10/07/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (02:39:07am-02:44:07am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]