Kempen Cinta Pada Ilmu Read@uni Siri Ke-3 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Siri ke-3

Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Siri ke-3

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 12 Ogos - Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Laman Al-Falah Pusat Perhubungan Alumni kembali dengan siri ke-3. Perkongsian kali ini disampaikan oleh Cik Siti Nur'Ain Feisal, yang berkongsi mengenai filem 'Freedom Writers' dan Saudara Amjad Hakimi Adam dan Saudari Tahera Redha (Pelajar Latihan Industri) pula berkongsi mengenai hasil ciptaan inovasi 'Go Green'. 

Read@Uni Laman Al-Falah ARCUPM ini dihidupkan dengan pelbagai perkongsiaan daripada staff ARCUPM untuk dikongsi bersama yang lain. Perkongsian selama satu jam itu dijalankan pada setiap hari Jumaat bermula jam 10.00 pagi. 

Objektif utama aktiviti dihidupkan adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan juga memupuk budaya cintakan pada ilmu dalam kalangan staff dan warga UPM. 

Laman read@uni Laman Al-Falah ARCUPM ini juga diwujudkan satu perpustakaan mini untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. Buku-buku yang terletak disini terdiri daripada bahan bacaan umum, kanak-kanak, jurnal dan juga majalah. 

Mini perpustakaan ini beroperasi 24 jam dan tujuh hari seminggu, ini disebabkan mini perpustakaan yang terletak di read@uni Laman Al-Falah ARCUPM yang terbuka.

 

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 02/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZVAy~