Kempan Cinta Pada Ilmu Read@uni Laman Al-Falah Siri Ke-2 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kempan Cinta Pada Ilmu read@uni Laman Al-Falah Siri ke-2

Kempan Cinta Pada Ilmu read@uni Laman Al-Falah Siri ke-2

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 8 Ogos - Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Laman Al-Falah ARCUPM diteruskan dengan siri ke-2. Perkongsian kali ini disampaikan oleh Encik Norfarhan Norzaini dengan menyampaikan 'Syair Nasihat' manakala Cik Syahira Faghira Tahrir Adli dengan anotasi buku berjudul 'So Good They Can't Ignore You'. 

Perkongsian yang diadakan pada setiap Jumaat ini antara lain adalah untuk memupuk budaya cintakan pada ilmu dan seterusnya sebarkan ilmu yang diperoleh daripada pembacaan tadi. 

read@uni Laman Al-Falah ARCUPM ini terbuka untuk dimanfaatkan oleh semua warga UPM, pelajar dan juga alumni. Terletak di tingkat bawah bangunan TNCPI, laman ini menyediakan kemudahan pembacaan buku daripada pelbagai genre. 

Terima kasih diucapkan kepada para alumni UPM yang turut sama menyumbangkan buku, majalah dan jurnal untuk disama-sama dimanfaat di laman ini. 

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 11/04/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbCAr~