KEHANGATAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM 2025 SEMAKIN TERASA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » KEHANGATAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM 2025 SEMAKIN TERASA

KEHANGATAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM 2025 SEMAKIN TERASA

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 

Disunting oleh: Suziana Che Wil 

Serdang, 28 November – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) terus komited memeriahkan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON) UPM 2025 yang akan berlangsung dari 29 November hingga 5 Disember 2025 bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-49.

Sehubungan dengan itu, ARCUPM akan membuka reruai khas di Tapak Menara Putra Warisan Budi sebagai inisiatif untuk menjejak dan mengemaskini maklumat alumni termasuk ibu bapa dan waris graduan yang merupakan alumni UPM. Usaha ini bertujuan memperluas pangkalan data alumni serta memperkukuh jaringan silaturahim antara alumni dan alma mater.

Persediaan awal turut berjalan lancar melibatkan pemasangan khemah dan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan seperti pembersihan untuk memastikan lokasi reruai selesa dan selamat kepada pengunjung. Staf ARCUPM juga memastikan kawasan bebas takungan air dengan membersihkan laluan perparitan dan kawasan rumput berhampiran.

Pelbagai pengisian menarik akan disediakan di reruai antaranya maklumat terkini program alumni, aktiviti jejak alumni, serta peluang penglibatan komuniti alumni dalam pelbagai program kolaboratif universiti.

ARCUPM menjemput semua alumni serta ibu bapa graduan yang merupakan bekas pelajar untuk hadir ke reruai bagi memastikan rekod maklumat mereka sentiasa dikemaskini dan terus terhubung dengan UPM.

Dengan semangat “Alumni UPM Berilmu Berbakti”, kehadiran alumni ke PESKON UPM 2025 akan menambahkan lagi seri sambutan konvokesyen dan mengukuhkan legasi kecemerlangan UPM di peringkat nasional dan global.

Tarikh Input: 18/12/2025 | Kemaskini: 15/01/2026 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (10:27:13pm-10:32:13pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]