KECAKNAAN ALUMNI UPM, TERUS BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » KECAKNAAN ALUMNI UPM, TERUS BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR

KECAKNAAN ALUMNI UPM, TERUS BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR

Oleh : Suziana Che Wil 

 

SERDANG – Kecaknaan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka meneruskan tradisi kembali menyumbang kepada alma mater perlu diberikan pujian. Tradisi kembali menyumbang kepada alma mater merupakan satu usaha yang bukan sahaja dilakukan oleh UPM malahan perlu dilakukan oleh seluruh Universiti awam dan juga swasta di Malaysia dalam usaha pembangunan modal insan dan kelangsungan universiti memberikan pendidikan yang bertaraf antarabangsa kepada para pelajar.

Menerusi Pusat Perhubungan Alumni UPM, Program Tautan Kasih Alumni telah berjaya diadakan pada 26 Jun 2023 yang lalu, bertempat di Foyer Taklimat, Serdang, UPM. Seramai 62 orang pelajar asnaf dan B40 menerima sumbangan wang tunai RM 100.00 (one off) daripada alumni UPM iaitu Ybrs Dr. Hamisah Hassan dan Che Wan Mohd Zuhaimi Che Wan Hussain yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman. Sumbangan peribadi ini adalah dalam usaha untuk membantu alma mater menyantuni pelajar yang memerlukan bantuan terutamanya kepada pelajar yang menetap di kolej kediaman sekitar kampus Serdang.

Alumni from Universiti Putra Malaysia (UPM) should be applauded for their courage in carrying on the tradition of supporting their alma mater. The tradition of contributing to alma mater should not only be practiced by UPM, it should be followed by all public and private universities in Malaysia in order to continue providing students with an education of an exceptionally high caliber and to develop human capital.

 

The UPM Alumni Relations Center organized the “Tautan Kasih” Program, which was successfully hosted on June 26, 2023, at the Serdang, UPM, Briefing Foyer. The Vice Chancellor of UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman, awarded 62 asnaf and B40 students with financial donations totaling RM 100.00 (one off) from UPM alumni, Ybrs. Dr. Hamisah Hassan and Che Wan Mohd Zuhaimi Che Wan Hussain. This donation is being made in an effort to help the alma mater for students in need, especially those who live in residential colleges near the Serdang campus.

 

The UPM Alumni Relations Center also provides computers to asnaf students in addition to cash donations, which are also gifts from UPM alumni. More than 20 eligible students have benefited so far from this donation.

 

According to YBhg Prof. Associate Dr. Arba'ie Sujud, Director of the UPM Alumni Relations Center (ARCUPM), any type of donation offered by alumni will be handled and handed over to students in need immediately.

 

“The trust given by alumni should be immediately acted upon. Every kind of donation given must be notified and provided to students as soon as possible because they want to know where their contributions are being funneled. This is the trust that the alumni have given and once this trust exists, the relationship built on this basis will continue to be a magnet to draw additional alumni to return and contribute to the University and students." he said.

 

This endeavor is also in line with the 7th initiative of the UPM Vice-Chancellor's Narrative 2023, "Unifying the Strength of Alumni." The involvement of alumni is crucial in bringing the University to excellence and even achieving Universiti Putra Malaysia's vision of becoming a University of international recognition. The alumni's awareness of the needs of the students who will be the next generation to carry on the University's vision and mission will make the work towards the University's excellence easier and it is not the work of a single person, but the work of a team composed of all UPM citizens, including alumni.

Selain sumbangan wang tunai, Pusat Perhubungan Alumni UPM juga ada memberikan sumbangan computer riba kepada pelajar asnaf yang mana ianya juga sumbangan daripada alumni UPM. Sehingga kini sumbangan ini telah memanfaatkan lebih 20 orang pelajar yang layak.

Bagi Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), YBhg Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, apa sahaja bentuk sumbangan yang diberikan oleh alumni pasti akan disalurkan dan diserahkan kepada pelajar yang memerlukan dengan segera.

“Amanah yang diberikan oleh alumni perlu diambil tindakan dengan segera. Setiap sumbangan alumni tidak kira kecil ataupun besar, perlu segera disampaikan dan diagihkan kepada para pelajar kerana alumni ingin tahu ke mana sumbangan mereka telah disalurkan. Ini adalah kepercayaan yang tekah diberikan oleh alumni dan setelah kepercayaan ini wujud, maka hubungan yang terjalin atas dasar ini, akan terus menjadi magnet untuk menarik alumni lain juga untuk kembali menyumbang dan terus memberi manfaat kepada Universiti dan pelajar.” Ujarnya.

Usaha ini juga selari dengan Naratif Naib Canselor UPM 2023, iaitu ikhtiar ke-7 “Menyatu Kekuatan Alumni”. Peranan alumni adalah aspek terpenting untuk bersama-sama membawa Universiti ke arah kecemerlangan malah untuk mencapai visi Universiti Putra Malaysia iaitu menjadi sebuah Universiti bereputasi antarabangsa. Kecaknaan alumni terhadap keperluan para pelajar yang menjadi generasi pelapis yang bakal meneruskan visi dan misi Universiti menjadikan gerak kerja ke arah kecemerlangan Universiti akan menjadi lebih mudah dan ianya bukan kerja seorang individu tetapi kerja satu pasukan secara menyeluruh dari seluruh warga UPM termasuk alumni.

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcUAL~