Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Futsal Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Futsal Alumni

Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Futsal Alumni

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Telah berlangsung satu perlawanan persahabatan futsal alumni bersempena sambutan Hari Alumni 21 Mei 2022. 

Perlawanan yang berlangsung di Padang Futsal, Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia. 

Program yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Akademi Sukan UPM dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) telah mendapat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para alumni jemputan dan juga para pelajar UPM. 

Program ini membabitkan dua pasukan lelaki iaitu Pilihan Salok dan Pilihan Faizal. Serta tiga pasukan perempuan iaitu pasukan Upbeat Putra 1, Upbeat Putra 2 dan Upbeat Putra 3.

Perlawanan futsal alumni ini berlangsung secara liga melibatkan perlawanan timbal balik bagi setiap pasukan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada alumni yang memberi sumbangan makanan dan hadiah berupa hamper kepada semua pasukan yang menyertai perlawanan persahabatan ini.

Tahun hadapan berjumpa lagi. 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUHAY~