Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Badminton Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Badminton Alumni

Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Badminton Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG - Satu perlawanan badminton persahabatan alumni telah berlangsung bersempena sambutan hari alumni 21 Mei 2022.

Hari Alumni UPM telah pun digazetkan pada 21 Mei pada setiap tahun dan ia menjadi platform untuk menghubungkan alumni bersama alma mater, pelajar dan seluruh warga UPM. 

Setelah dua tahun tidak dapat menyambut hari alumni, pada tahun ini sambutan yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Akademi Sukan UPM dan juga Persatuan Alumni UPM meriah dengan sokongan daripada alumni dan juga pelajar yang sama-sama mengambil bahagian dalam sukan yang dipertandingkan.

 

Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh alumni dan warga UPM yang memberikan sokongan sepanjang karnival ini berlangsung. 

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUGAU~