Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Golf Frateniti Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Golf Frateniti Alumni

Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Golf Frateniti Alumni

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

SERDANG - Telah berlangsung satu perlawanan persahabatan Golf Frateniti Alumni bersempena sambutan Hari Alumni 21 Mei 2022.

Perlawanan ini telah diadakan di Kelab UniPutra, UPM seawal jam 7 pagi. Antara tetamu kehormat yang turut serta pada perlawanan golf santai ini adalah YAM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Turut serta ialah Presiden, Persatuan Alumni UPM, Ybhg. Dato' Raihan Sharif dan juga staf UPM. 

Selesai perlawanan, majlis perasmian yang juga diadakan di Kelab UniPutra mengambil alih acara. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail dihadapan para alumni dan juga staf UPM. 

Berkata pada majlis itu, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail menzahirkan rasa bangganya terhadap para alumni UPM yang menunjukkan sokongan dan kebersamaan dalam setiap program yang dianjurkan terutamanya yang melibatkan alumni. 

Rasa tanggungjawab terhadap alma mater yang tinggi seperti ini harus dikekalkan untuk bersama-sama membawa UPM ke mercu kejayaan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. 

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh alumni terutamanya alumni dari Kolej Pertanian Malaya 1972(KPM 1972) yang sehingga kini masih menerusikan hubungan yang rapat bersama alma mater. Pastinya jati diri tinggi yang anda tunjukkan ini menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang untuk kembali menyumbang kepada alma mater seperti yang dilakukan oleh generasi sebelum mereka lagi. 

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Alumni 21 Mei 2022 kepada seluruh alumni UPM dan syabas dan tahniah kepada Pusat Perhubungan Alumni, Akademi Sukan dan Persatuan Alumni dalam penganjuran karnival yang cukup baik ini," 

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini turut mempertandingkan, Bola Sepak Persahabatan Alumni, Tenpin Boling Alumni, Kayuhan Santai, Futsal Alumni dan juga Badminton Alumni. 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaBAD~