Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Kayuhan Santai Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Kayuhan Santai Alumni

Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Kayuhan Santai Alumni

oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG - Bersempena sambutan Hari Alumni 21 Mei 2022, Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Akademi Sukan UPM dan Persatuan Alumni UPM, telah menganjurkan Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022. Sebanyak enam acara sukan telah dipertandingkan dan salah satunya adalah Kayuhan Santai Alumni. 

Kayuhan Santai telah berlangsung di sekitar Putrajaya pada pagi 21 Mei 2022 dengan penyertaan daripada alumni, pelajar dan juga staf UPM. 

kayuhan Santai ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan alumni dan warga UPM dan sekaligus tanda solidariti alumni UPM kepada apa sahaja program anjuran UPM untuk membangkitkan rasa kebersamaan dengan alma mater. 

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu telah tercapai objektifnya iaitu membawa kembali alumni UPM kepada alma mater untuk sama-sama menjayakan visi dan misi UPM untuk manfaat semua pelajar. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM dan seluruh warga UPM yang telah bersama-sama menjayakan Karnival SUkan Hari Alumni 21 Mei 2022. 

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZUAt~