JOM BACA BERSAMA 10 MINIT | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Puan Suziana binti Che Wil

SERDANG, 28 APRIL 2026 — Satu lagi program Read@Uni telah berjaya dianjurkan di sudut bacaan Read@Uni, Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (ARCUPM).

Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh salah seorang pelatih praktikal ARCUPM yang juga merupakan pelajar Kesusasteraan Perancis dari FBMK. Tema bagi Read@Uni: Al-Falah adalah “Buku Kegemaran Saya.” Penceramah, Alya Syakirah, telah membentangkan novel pilihannya, Prank karya Ramadan Omar, dengan memulakan sesi melalui pengenalan latar belakang buku tersebut. Beliau berjaya menarik perhatian audiens sejak awal sesi dan menutup perkongsian dengan pengajaran serta refleksi yang bermakna.

Mungkin imej satu orang atau lebih dan Orang yang belajar

Program ini turut bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, sekali gus menambah nilai kepada penganjurannya. Selain itu, ia memberi peluang kepada warga ARCUPM untuk berehat seketika melalui aktiviti bacaan selama 10 minit. Tidak terhad kepada pembacaan secara pasif, beberapa staf turut terlibat dalam perbincangan ringkas, menjadikan sesi lebih interaktif dan bermanfaat.

Secara keseluruhannya, Read@Uni Al-Falah: Kisahkan Sebuah Cerita selari dengan inisiatif Jom Baca Bersama 10 Minit dalam usaha memupuk budaya membaca serta perkongsian ilmu dalam kalangan peserta.

Mungkin imej satu orang atau lebih, Orang yang belajar dan teks

 

Tarikh Input: 28/04/2026 | Kemaskini: 28/04/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (08:10:14am-08:15:14am, 29 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]