JIWA PUTRA 3.0 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » JIWA PUTRA 3.0

JIWA PUTRA 3.0

Serdang, 12 Okt - Sebanyak 4,500 pokok buah-buahan tempatan ditanam oleh pelajar baharu UPM sempena Minggu Perkasa Putra Sesi 2024/2025. Program ini merupakan sebahagian usaha untuk mengurangkan jejak karbon dan memajukan agenda pembangunan mampan (SDG).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, pelajar harus tahu bahawa pokok merupakan teras kehidupan. Beliau juga menekankan kepentingan pokok dalam melindungi alam sekitar, serta manfaat jangka panjang penanaman pokok untuk masa depan.

Antara pokok yang ditanam oleh pelajar baharu termasuklah pokok rambutan anak sekolah, mangga nam dok mai, chok anan, manggis, durian belanda, jambu air, dan limau madu.

Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:22:32~noCache