Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 28 Ogos - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan fakulti di Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini berlangsung dengan lancar di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM.s
Pusat Perhubungan Alumni UPM diwakili oleh YBrs. Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program ini.
FSKTM telah diwakili oleh kepimpinan tertinggi fakulti yang diketuai oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan Fakulti, bersama dengan Ketua-Ketua Jabatan FSKTM. Kehadiran mereka memperlihatkan sokongan penuh fakulti terhadap usaha untuk memperkukuh jalinan hubungan dengan para alumni.

Pusat Perhubungan Alumni UPM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada FSKTM atas kesudian menerima kunjungan ini. Sambutan mesra dan kerjasama erat yang diberikan oleh pihak fakulti telah menyumbang kepada kejayaan program ini.
Semoga program ini dapat membawa impak positif dan manfaat jangka panjang kepada semua pihak yang terlibat. Melalui usaha bersama ini, diharapkan hubungan antara alumni dan fakulti akan terus kukuh, seterusnya memacu perkembangan universiti dalam mencapai kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan yang holistik.
Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor