Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perubatan Veterinar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perubatan Veterinar

Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perubatan Veterinar

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 10 Jun - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan satu perbincangan bersama Fakulti Perubatan Veterinar UPM mengenai inisiatif Alumni Crowdfunding. Kunjungan ini juga bersekali bagi melaksanakan Program (Roadshow) Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti di Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

Sesi  ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, YBrs. Dr. Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Sahrizan Mat yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Encik Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni. 

Manakala wakil dari Fakulti Perubatan Veterinar telah dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Jalila Abu, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, YBrs. Profesor Madya Dr. Rozaihan Mansor (Alumni UPM Kelas 2007), Ketua Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang dan Eksotik, Dr. Awang Hazmi Awang Junaidi  (Alumni UPM Kelas 2005 dan 2010), Pensyarah Kanan Jabatan Sains Pra-Klinikal Veterinar, Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad, Penolong Pendaftar.

 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Perubatan Veterinar atas kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan jalinan kerjasama antara Fakulti Perubatan Veterinar dan Pusat Perhubungan Alumni akan terus terjalin erat dalam usaha membawa agenda kecemerlangan pelajar UPM.

Tarikh Input: 27/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:47:35~noCache