Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 24 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melaksanakan Program (Roadshow) Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Sahrizan Mat Yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Encik Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni.

Manakala wakil daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Normala Ibrahim (Alumni UPM Kelas 2012). Pembentangan telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Mokrish Ajat. Pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menyambut baik hasrat yang dibawa kerana setiap sumbangan itu akan menjadi cerminan kepada budaya kembali menyumbang alumni terutamanya alumni kalangam staf UPM terlebih dahulu.
Dalam sesi itu juga, Mokrish, menyatakan setiap sumbangan itu adalah untuk pembangunan pelajar dan jugan bantuan kepada para pelajar yang memerlukan. Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga hasrat murni akan memberi manfaat kepada semua warga UPM terutamanya pada pelajar UPM.
Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor