Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Pertanian | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Pertanian

Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Pertanian

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 1 JulaiPusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Fakulti Pertanian UPM mengenai inisiatif Alumni Crowdfunding dan turut melaksanakan Program (Roadshow) Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti di Fakulti Pertanian UPM.

Sesi ini adalah untuk bersama-sama mencari jalan dalam mengadakan kerjasama antara fakulti dan ARCUPM dalam usaha bersama-sama mengumpul data alumni UPM. Pengumpulan data ini adalah penting dalam menjejak alumni UPM di luar sana untuk sama-sama melibatsama alumni UPM dalam program dan aktiviti yang dijalankan di UPM. 

Maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan apabila fakulti turut mempunyai hala tuju yang sama, iaitu menyemarakkan penglibatan alumni fakulti. ARCUPM turut menyediakan platform dan ruang untuk kesemua alumni UPM kembali berbakti kepada alma mater. 

Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Sahrizan Mat yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Encik Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni. 

Manakala wakil daripada Fakulti Pertanian telah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Loh Teck Chwen (Alumni UPM Kelas 1993) dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi fakulti.

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Pertanian atas kesudian menerima kunjungan ini. Bersama kita semarakkan semangat ‘Berilmu Berbakti’ dan We Love UPM. 

Tarikh Input: 02/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (12:17:13am-12:22:13am, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]