JEJAK ALUMNI : GURU SMK LUNAS KEMBALI KE ALMA MATER BERSAMA PELAJAR | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » JEJAK ALUMNI : GURU SMK LUNAS KEMBALI KE ALMA MATER BERSAMA PELAJAR

JEJAK ALUMNI : GURU SMK LUNAS KEMBALI KE ALMA MATER BERSAMA PELAJAR

OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur


Serdang, 17 January - 
Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) dengan penuh penghargaan menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LUNAS, Kulim, Kedah yang melibatkan seramai 35 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring. Lawatan ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran dua guru SMK LUNAS yang juga merupakan alumni Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM, iaitu Puan Rabiatul Alawiyah Bt Abd Aziz (Alumni kelas 1994) dan Puan Rashidah Bt Othman (Alumni kelas 2010).

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, khususnya di UPM. Dalam sesi perkongsian yang dijalankan, kedua-dua alumni berkongsi pengalaman mereka sepanjang menuntut di UPM, perjalanan akademik dan kerjaya yang penuh inspirasi, serta peranan UPM dalam membentuk keperibadian dan kecemerlangan mereka hari ini.

Pelajar turut diberi penerangan tentang fungsi Pusat Perhubungan Alumni yang menjadi penghubung antara graduan dengan alma mater mereka. Pusat ini berperanan dalam memperkukuh jaringan alumni, mengurus sumbangan dan dana pendidikan, serta memperkasakan program berbentuk pembangunan pelajar.


Semoga lawatan ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar SMK LUNAS untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pengajian ke universiti ternama seperti UPM. Terima kasih kepada para guru yang berperanan sebagai sumber inspirasi dengan berkongsi kisah kejayaan mereka bersama generasi muda.

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (04:45:45am-04:50:45am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]