JAMBATAN KEJAYAAN: SESI TEMU DUGA BIASISWA YAYASAN PEKEMA | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » JAMBATAN KEJAYAAN: SESI TEMU DUGA BIASISWA YAYASAN PEKEMA

JAMBATAN KEJAYAAN: SESI TEMU DUGA BIASISWA YAYASAN PEKEMA

OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur


Cyberjaya, 28 Januari - Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi temu duga Biasiswa Yayasan PEKEMA hari ini.

Empat (4) pelajar bacelor dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) telah menghadiri sesi temu duga. Turut serta dalam sesi temu duga ini ialah Pengarah ARCUPM, Prof Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Timbalan Pengarah ARCUPM, Prof Madya Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, wakil PEKEMA, En. Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Tuan Haji Ahmad Azmi Noordin serta wakil-wakil PEKEMA dan UPM yang lain.

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan kewangan, khususnya pelajar daripada keluarga B40 dan asnaf. Ditetapkan juga bahawa pelajar mesti atau harus menyertai aktiviti kokurikulum sepanjang pengajian mereka di UPM. Diharapkan melalui biasiswa dan bantuan kewangan ini, pelajar UPM dapat dibantu dalam pelajaran dan didorong ke arah mencapai kejayaan.


Pusat Perhubungan Alumni menyokong penuh hasrat dan bantuan yang diberikan oleh alumni kepada pelajar yang memerlukan khususnya dalam bentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang kurang berkemampuan.

Semoga usaha kecil ini membangkitkan semangat yang besar dalam diri pelajar untuk terus istiqamah dan mencapai kejayaan yang membawa maruah kepada keluarga dan alma mater.

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (03:55:43pm-04:00:43pm, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]