JALINAN KERJASAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI BERSAMA TRUSTED SHARKS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » JALINAN KERJASAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI BERSAMA TRUSTED SHARKS

JALINAN KERJASAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI BERSAMA TRUSTED SHARKS

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 11 Nov - Pusat Perhubungan Alumni menjalinkan kerjasama dalam penjualan cenderamata Serdang Angles bersempena Majlis Konvokesyen kali ke - 46. Jualan cenderamata ini telah diadakan sepanjang pesta konvokesyen yang berlangsung dari 26 November hingga 2 Disember 2022. Pelbagai cenderamata Serdang Angels dijual antaranya baju dan topi.

Turut mengunjungi reruai Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) ialah Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman yang sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar dari Chapter Student Ambassador yang turut membantu dalam jualan tersebut. 

Ini adalah sebahagian daripada usaha para pelajar dalam memperkemaskan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan. ARCUPM dan para alumni UPM dengan bantuan Persatuan Alumni UPM sentiasa menggerakkan program dan projek yang dapat memberi manfaat kepada para pelajar UPM. 

Sebagai contoh pembukaan reruai semasa pesta konvokesyen dan jualan menerusi buggy@alumni antara usaha yang digerakkan dalam usaha mendedahkan pelajar kepada bidang keusahawanan. Para pelajar boleh mengasah 'soft skil' mereka dalam pelbagai bidang dan kemahiran. Setiap ilmu dan kemahiran ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar apabila mereka bergraduat kelak yang mana bukan sahaja ilmu di bilik kuliah sahaja penting malahan ilmu mencipta jaringan bersama komuniti juga penting. 

ARCUPM dan Persatuan Alumni UPM akan terus menyediakan pelbagai platform untuk para pelajar mengasah bakat dan keboleh mereka dan terus menghubungkan mereka bersama alumni di luar sana yang boleh memberi ilmu dan kepakaran mereka secara berterusan kepada para pelajar. 

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 11/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbHAp~