IFTAR MEGA PUTRA 3.0- RAIKAN PELAJAR UPM DENGAN JUADAH BERBUKA SECARA PERCUMA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » IFTAR MEGA PUTRA 3.0- RAIKAN PELAJAR UPM DENGAN JUADAH BERBUKA SECARA PERCUMA

IFTAR MEGA PUTRA 3.0- RAIKAN PELAJAR UPM DENGAN JUADAH BERBUKA SECARA PERCUMA

Oleh: Fizi Azeem (Pelajar Latihan Industri FBMK, UPM)

Suntingan: Suziana Che Wil  

 

Serdang – Ramadan bulan penuh keberkatan dan ianya disambut meriah oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia. Sudah menjadi kebiasaan di Universiti Putra Malaysia, saban tahun akan mengadakan Program Iftar Mega yang akan meraikan pelajar-pelajar UPM dengan juadah ataupun pek berbuka puasa secara percuma.

Lebih istimewa, pada tahun ketiga penganjuran Program Iftar Mega Putra 3.0 ini juga turut diadakan pelancaran Menu Siswa Rahmah, program tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Sehubungan dengan itu, penganjuran ini mendapat sokongan daripada Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA), Sahabat Masjid UPM dan kolej kediaman UPM kampus Serdang.

 

Penganjuran kali ini yang menyaksikan kehadiran lebih kurang 2000 orang pelajar tidak hanyaterbatas kepada pelajar beragama Islam sahaja. Malahan kemeriahan dan sumbangan juadah yang datangnya daripada alumni UPM ini turut dikongsi bersama pelajar bukan beragama Islam. Kemeriahan di bawah payung ‘Masyarakat Madani’ jelas kelihatan dan slogan Eratkan Kerjasama Sesama Alumni disebarluaskan kepada seluruh warga UPM.

Secara objektifnya, Program Iftar Mega Putra 3.0 ini adalah untuk merapatkan jalinan kerjasmaa antara satu sama lain dalam membina satu sifat perpaduan yang utuh. Walaupun Ramadan sememangnya khas buat masyarakat beragama Islam, tetapi Islam tidak pernah melarang untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan komuniti daripada agama lain.

Sebanyak 10 gerai terlibat dalam penagihan makanan antara Pusat Perhubngan Alumni UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen UPM (WAZAN), dan juga pihak kolej-kolej kediaman. Pelbagai makanan dan minuman yang diagihkan seperti Nasi Arab, Nasi Ayam, Kuih muih, dan juga pelbagai jenis minuman.

Program ini telah mendapat sokongan daripada pihak pengurusan Univeristi apabila ramai kalangan pegawai atasan Universiti dan program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UPN. YBhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman membuktikan program ini adalah satu program yang berimpak tinggi dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Bagi pihak Pusat Perhubungan Alumni UPM, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang telah memberikan sumbangan sama ada secara tunai mahupun makanan dan keperluan lain. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETFA0~