HOSPITAL PENGAJAR UPM KINI DIKENALI SEBAGAI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » HOSPITAL PENGAJAR UPM KINI DIKENALI SEBAGAI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

HOSPITAL PENGAJAR UPM KINI DIKENALI SEBAGAI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 28 Feb - Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah ditukarkan nama kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuanku Naib Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Dalam titiah ucapannya, Baginda berhasrat agar HSAAS akan menjadi sebuah hospital universiti terbaik dunia serta kepakaran yang dimiliki akan dijadikan rujukan kepada pengamal perubatan lain dalam bidang kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara. 

Dalam titiah perasmiannya juga, baginda menyatakan hasrat untuk melihat melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari formula keseimbangan dan bekerjasama sebagai satu pasukan kukuh untuk mengurangkan beban masalah yang dihadapi oleh rakyat. 

Baginda cakna dengan kos rawatan kesihatan yang kian meningkat dan baginda mahukan penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan dan individu yang aktif untuk sama-sama membantu institusi kesihatan menyediakan satu perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat dan masyarakat. 

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan sumbangan Dana Wakaf Ambulans sebanyak RM 100,000.00 oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM kepada Pengurusan HSAAS, UPM.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam sembah ucapannya berkata, penubuhan HSAAS, UPM adalah satu pencapaian sangat signifikan dalam perkembangan UPM.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Shari; Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Pengarah HSAAS, UPM, Prof. Dr. Hamidon Basri.

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaXAy~