Hidupkan Lestari Hijau Di ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Hidupkan Lestari Hijau Di ARCUPM

Hidupkan Lestari Hijau Di ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 30 Julai - Telah berlangsung program kelestarian hijau di Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang telah disertai oleh para staf ARCUPM. Program yang diadakan selama hampir tiga jam itu membabitkan pembersihan taman mini di pintu masuk ARCUPM pada bahagian belakang. 

Program ini telah diketuai oleh Jawatan Kuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ARCUPM, Cik Aida Fitri Peli menumpukan untuk membersihkan taman mini untuk ditambah baik dalam usaha untuk memantapkan pengamalan EKSA di ARCUPM. 

Susulan daripada program itu, akan diadakan Pertandingan Pengamal Kitar Semula Terbaik untuk memupuk budaya kitar semula di kalangan staf ARCUPM sekaligus menyelamatkan bumi daripada pencemaran sisa domestik yang dibuang tidak menggunakan etika yang betul.

Selain itu, program dan pertandingan secara dalaman ini juga antara aktiviti dalam menyemarakkan budaya pengamalan EKSA di tempat kerja. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat satu pasukan untuk bersama-sama mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih kondusif, selamat dan bersih. 

Terdahulu, sepak mula EKSA di ARCUPM telah dimulakan bermula pada Februari 2022 dan dari semasa ke semasa telah ditambah baik diperkemaskan dalam usaha untuk bersedia dalam penilaian nanti. 

Sepanjang proses itu, ARCUPM juga 'membuka pintu' menerima kunjungan daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain dalam usaha berkongsi idea dan pendapat. selain itu, ARCUPM juga mengadakan lawatan keluar untuk sama-sama memperkemaskan lagi pengamalan EKSA di ARCUPM. 

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaGAD~