
Bintulu, 3 November - Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang Sesi Akademik 2024/2025 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni telah menganjurkan Hi-Tea Alumni UPMKB yang bertempat di Margherita Plaza Hotel, Bintulu. Program ini diadakan untuk meraikan graduan yang telah bergraduat pada Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-48 Sidang 1 di UPMKB.
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad antara yang hadir dan turut hadir, YM Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi, Pengetua Kolej Sri Rajang, UPMKB, yang memberi ucapan pembukaan yang penuh inspirasi.
Turut hadir, Encik Muhammad Abdul Rahim Habib, Ketua Felo Kolej Sri Rajang, UPMKB, yang menyampaikan kata-kata semangat kepada alumni, serta barisan Felo Kolej Sri Rajang, yang telah menjadi tulang belakang kejayaan program ini, termasuklah Encik Muhammad Amir Afiq bin Mohd Azlan, Felo Kolej Sri Rajang yang bertindak sebagai penasihat program Hi-Tea Alumni UPMKB, bersama Dr. Abdul Hadi Samsi, Puan Rina Farida Osman, dan Puan Azizah Abdul Manaf.

Program ini bukan hanya untuk meraikan kejayaan graduan, tetapi juga sebagai satu peluang untuk mengukuhkan hubungan antara alumni dan pihak kolej. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini, semoga hubungan yang terjalin akan terus kekal dan memberi manfaat kepada semua.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 21/11/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor