Hari Alumni Universiti Putra Malaysia 21 Mei 2022 : Bina Jambatan Kukuh Antara Alumni Dan Alma Mater | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Hari Alumni Universiti Putra Malaysia 21 Mei 2022 : Bina Jambatan Kukuh Antara Alumni dan Alma Mater

Hari Alumni Universiti Putra Malaysia 21 Mei 2022 : Bina Jambatan Kukuh Antara Alumni dan Alma Mater

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 21 Mei – Selepas dua tahun,Hari Alumni Universiti Putra Malaysia telah berjaya diraikan pada hari ini. Wabak Covid-19 yang melanda negara pada dua tahun lepas menghalang warga UPM dan seluruh alumninya meraikan hari yang penuh bermakna ini. Sejak ia diwartakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti, bahawasanya setiap 21 Mei akan disambut sebagai Hari Alumni Universiti Putra Malaysia, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang demi merapatkan hubungan dan ukhuwah di antara alumni, warga UPM dan juga alma mater serta pelajar UPM.

Menyedari kebersamaan alumni dan alma mater dapat merealisasikan setiap visi dan misi universiti, Pusat Perhubungan Alumni sentiasa hadir dengan pelbagai aktiviti dan program yang secara langsungnya akan melibatkan alumni UPM.

Pada tahun ini, Hari Alumni UPM diraikan dengan mengadakan Karnival Sukan Alumni selama dua hari berturut-turut iaitu pada 21 hingga 22 Mei 2022. Sebanyak enam acara sukan telah dipertandingkan untuk merapatkan hubungan dan seterusnya membawa alumni kembali menyumbang kepada alma mater khususnya untuk pelajar UPM.

 

Pada majlis perasmian Hari Alumni 21 Mei Universiti Putra Malaysia yang berlangsung di Kelab Golf UniPutra, UPM, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud berkata, alumni amat dialu-alukan untuk terus menyumbang bakti kepada alma mater terutamanya dalam pendanaan dan biasiswa untuk para pelajar.

 

 

“Untuk tahun 2022, Pusat Perhubungan Alumni sudah berjaya mengumpul sebanyak 20 Biasiswa Alumni termasuklah Biasiswa Menteri Besar Selangor dan juga daripada Nuaim Corporation. Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua alumni kerana anda pemegang taruh terbesar yang bersama-sama mendokong visi dan misi universiti.”

Menerusi Hari Alumni 21 Mei yang menjadi acara sambutan tahunan ini juga membawa objektif yang sama iaitu melibat sama alumni dalam setiap visi dan misi yang dihasratkan oleh YH Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Roslan Sulaiman dalam Naratif Naib Canselor 2022 iaitu Aspirasi ke 11 “Melibat Sama Alumni Dalam Kelangsungan Universiti”.

Penglibatan alumni telah banyak memberi manfaat kepada pelajar antaranya menerusi Program Putra Cakna -Alumni Care : Heart to Heart (H2H) telah berjaya menyumbang sejumlah peranti kepada pelajar daripada golongan asnaf dan juga B40. Sumbangan peranti ini membukti alumni dan universiti sentiasa cakna dengan keperluan pelajar yang tidak berkemampuan tetapi berkebolehan untuk berjaya.

Sambutan Hari Alumni pada tahun ini yang telah dirasmikan oleh Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail mengharapkan agar Pusat Perhubungan Alumni terus menjadi pemangkin dalam membina jambatan yang kukuh antara alumni dan juga alma mater.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 01/06/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaIAh~