GOTONG-ROYONG INDUK EKSA @ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » GOTONG-ROYONG INDUK EKSA @ARCUPM

GOTONG-ROYONG INDUK EKSA @ARCUPM

Oleh: Suhadatul Fatonah Jusip

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan gotong-royong induk EKSA pada 4 Disember 2023. Gotong-royong yang melibatkan semua warga ARCUPM ini dijalankan untuk membaikpulih persekitaran kerja mengikut garis panduan EKSA.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan imej korporat, mewujudkan persekitaran yang kondusif disamping meningkatkan motivasi dan disiplin serta memupuk semangat berpasukan. ARCUPM merupakan antara PTj yang sentiasa komited dengan pengamalan EKSA. Hal ini terserlah ketika ARCUPM menjadi PTj yang menonjol dalam penjurian hari Kualiti dan Inovasi Pekerja untuk tahun 2022 yang lalu.

Seiring dengan gotong-royong induk ini, ARCUPM juga turut mengadakan pertandingan dalaman untuk memastikan setiap zon berada dalam keadaan terjaga, selain daripada memupuk semangat berdaya saing yang sihat di kalangan staf. Dikesempatan ini, ARCUPM ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada staf kerana menjayakan program ini seiring dengan visi EKSA iaitu peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

 

Tarikh Input: 18/12/2023 | Kemaskini: 27/02/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcRAB~