Free Meal@Uniputra Binaree Cafe | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Free Meal@Uniputra Binaree Cafe

Free Meal@Uniputra Binaree Cafe

 

 

Oleh : Daniel Hakim (Pelajar Latihan Industri UITM, Shah Alam) 

Suntingan : Suziana Che Wil 

SERDANG – Program Free Meal@Uniputra Binaree Cafe merupakan program pemberian makanan percuma kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk semester 1, sesi 2022/2023. Tajaan makanan adalah sumbangan daripada pihak Binaree Cafe dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM).

Pada peringkat permulaan ini, seramai 10 orang pelajar asnaf akan ditaja oleh pihak Binaree Cafe. Para pelajar yang layak ini boleh datang sendiri ke Binaree Cafe untuk mengambil makanan yang disediakan. Inisiatif ini dilihat satu langkah dalam sama-sama membantu para pelajar UPM meringankan beban kos semasa berada di kampus.  

Seperti yang dikatakan oleh pemilik Binaree Cafe itu sendiri, beliau telah lama menyimpan hasrat untuk membantu pelajar-pelajar golongan asnaf bagi meringankan beban mereka dan kali ini pelajar-pelajar semester 1, sesi 2022/2023 antara pelajar yang bertuah kerana mendapat tajaan ini daripada pihak Binaree Cafe.

Beliau juga menyatakan sekiranya program ini berjalan lancar, tajaan akan diteruskan lagi pada semester akan datang dan berkemungkinan besar, jumlah pelajar yang bakal menerima tajaan makanan daripada Binaree Cafe juga akan ditambah.

Pihak ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Binaree Cafe atas kerjasama yang dijalankan ini. Program seperti ini amat besar nilainya kepada para pelajar yang memerlukan.

 

 

 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZMAu~