FASA 2 MEGACHILI DI KTAG MENAMPAKKAN HASIL | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » FASA 2 MEGACHILI DI KTAG MENAMPAKKAN HASIL

FASA 2 MEGACHILI DI KTAG MENAMPAKKAN HASIL

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan                                   

SERDANG – Kolej Tan Sri Aishah Ghani menjadi kolej kediaman ketiga (3) yang selepas Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Kediaman Sultan Alaeddin Sulaiman Shah yang Berjaya dengan Projek Megachili yang diuruskendalikan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Asasnya projeknya adalah untuk melatih para pelajar terutaman pelajar yang menghuni kolej kediaman di sekitar kampus Serdang dan juga Bintulu mengenai cara-cara penanaman cili dengan betul.

Projek ini mendapat sentuhan ataupun dipelopori oleh mentor-mentor daripada kalangan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah Berjaya dalam industri pertanian di luar sana.

Dengan modal permulaan yang diberikan oleh ARCUPM, sebanyak 10 kolej kediaman di Serdang termasuk di Bintulu menyahut Hasrat murni ini sebagai satu platform untuk mereka menimba ilmu luar dari kelas.

Bagi pelajar yang terlibat mereka menganggap ini adalah inisiatif yang baik dari ARCUPM dan alumni UPM di luar sana. Projek ini juga boleh dianggap sebagai latihan secara lapangan sebelum bergraduat.

Projek ini secara tidak langsung memberi pengalaman kepada pelajar terlibat mengenai cara penanaman cili yang betul dan membuka mata para pelajar bahawa pertanian boleh menjadi  bidang kerjaya yang menarik.  

Bagi warga UPM yang ingin memberi cili dari KTAG boleh terus scan QR yang dipaparkan pada poster dan Pusat Perhubungan Alumni mengalu-alukan para warga kampus untuk sama-sama menyokong projek pelajar ini.

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcWAF~