Dr.Arba'ie Sujud Antara Yang Menerima Anugerah Pada Majlis Gemilang Putra 2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Dr.Arba'ie Sujud Antara Yang Menerima Anugerah Pada Majlis Gemilang Putra 2023

Dr.Arba'ie Sujud Antara Yang Menerima Anugerah Pada Majlis Gemilang Putra 2023

Oleh : Suziana Che Wil 

 

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Gemilang Putra 2023 yang telah pun berlangsung pada 20 Julai 2023 lalu di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun sebagai salah satu cara untuk menghargai jasa dan khidmat bakti pada pekerja dan warga UPM dalam memacu kecemerlangan UPM sebagai sebuah Universiti bereputasi antarabangsa.

Para penerima ini dipilih berdasarkan penilaian prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) tahun 2022. Antara anugerah yang disampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra dan Jasamu Dikenang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima khususnya dari Pusat Perhubungan Alumni UPM, yang didahului oleh Pengarah ARCUPM, Ybhg. Prof. Madya Dr Arba’ie Sujud bagi Anugerah Jasa Putra, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar bagi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Perkhidmatan Profesional) 2022 dan juga kepada Puan Sarah Rahim (Setiausaha Pejabat Pengarah ARCUPM) bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Setia papa yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan dedikasi yang tinggi pasti akan membuahkan hasil pada kemudian hari. Jadi kejayaan para penerima pada hari ini menjadi suntikan semangat untuk kesemua warga UPM tidak kira pada peringkat jawatan untuk terus berusaha dan menjalankan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcCAu~