DETIK ISTIMEWA MALAM PUISI ALUMNI 2025: ALUMNI SUMBANG LEBIH RM180,000 | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » DETIK ISTIMEWA MALAM PUISI ALUMNI 2025: ALUMNI SUMBANG LEBIH RM180,000

DETIK ISTIMEWA MALAM PUISI ALUMNI 2025: ALUMNI SUMBANG LEBIH RM180,000

OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias

Serdang, 8 Ogos 2025Malam Puisi Alumni 2025 bukan sekadar sebuah pentas seni, malah turut menjadi saksi ikatan padu alumni dan rakan strategik dalam usaha memartabatkan seni, budaya, serta pendidikan tinggi negara. Majlis penuh nostalgia itu mencatat sejarah apabila lebih RM180,000 berjaya disumbangkan bagi menyokong projek Jam Menara Putra Warisan Budi serta pelbagai inisiatif alumni UPM.

Sumbangan utama adalah seperti berikut:

  • Persatuan Alumni PALAPES U-PUTRA (AL-PUTRA)
    Disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim (Alumni UPM 1985 & 1994) — RM10,000 untuk Tabung Menara Putra Warisan Budi.

  • Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infaq (WAZAN) UPM
    Diwakili oleh Tuan Haji Haris Dahlan — RM20,000 untuk Tabung Menara Putra Warisan Budi & jamuan makan malam.

  • RJH Consultant & Services Sdn. Bhd.
    Disampaikan oleh Encik Hafiz Abdul Rashid (Alumni UPM 2000, Kolej Tun Dr. Ismail) — RM50,000 untuk Tabung Menara Putra Warisan Budi & aktiviti alumni.

  • Usaha Jana Sdn. Bhd.
    Disampaikan oleh Encik Mohd Norashedy Ab Rashid (Alumni UPM 1999 & 2004, Kolej Tun Dr. Ismail) — RM100,000 untuk Tabung Menara Putra Warisan Budi serta penajaan LED screen & sistem pencahayaan pentas MATNA 2025.

Mock cheque berkenaan telah diterima oleh YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, bersama Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM).

Sumbangan besar ini bukan sekadar angka, tetapi lambang kasih, kepercayaan, dan komitmen para alumni dalam memperkukuh jalinan bersama alma mater tercinta — Universiti Putra Malaysia.

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 09/12/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (04:12:51am-04:17:51am, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]