Daripada Alumni Kepada UPM - Biasiswa Norzack Untuk Pelajar UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Daripada Alumni Kepada UPM - Biasiswa Norzack Untuk Pelajar UPM

Daripada Alumni Kepada UPM - Biasiswa Norzack Untuk Pelajar UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 12 Julai - Daripada Alumni Kepada UPM atas usaha gigih Pusat Perhubungan Alumni, satu lagi biasiswa alumni berjaya diwujudkan dalam usaha membantu para pelajar UPM yang memerlukan.

Menerusi perbincangan di antara Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama Encik Zakaria Abdullah daripada pihak Norzack telah membuahkan hasil. 

Pihak Norzack telah bersetuju untuk menaja seorang pelajar daripada peringkat Diploma Seis 2022/2023. Tajaan sebanyak RM15,000 akan diberikan kepada pelajar yang terpilih dan lulus tapisan menerusi temuduga yang akan dilakukan nanti. 

Ini satu lagi kebersamaan yang ditunjukkan oleh alumni UPM dalam bersama-sama mendokong dan menyokong visi dan misi universiti dalam usaha membawa nama UPM gah dipersada kecemerlangan. 

 

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Biasiswa Norzack iaitu Biasiswa Alumni yang ke-17 dan diharapkan agar kerjasama ini akan terus berterusan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi kepada bakal penerima biasiswa.

Pusat Perhubungan Alumni mengharapkan lebih ramai lagi alumni di luar sana yang kembali menyumbang kepada alma mater. Menerusi sumbangan ini lebih banyak program dalam memantapkan sahsiah diri pelajar dapat diwujudkan dan seterusnya mencipta kejayaan. ini sekaligus membawa nama UPM ke puncak kejayaan dan menjadi sebuah univerisiti yang bereputasi antarabangsa seperti yang dihasratkan oleh YH. Naib Canselor Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman. 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbEAP~