Daripada Alumni Kepada Alumni, Sumbangan Buat Encik Rozaini Ab Rahim | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Daripada Alumni Kepada Alumni, Sumbangan Buat Encik Rozaini Ab Rahim

Daripada Alumni Kepada Alumni, Sumbangan Buat Encik Rozaini Ab Rahim

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 12 Mac – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) selaku entiti yang menjadi penghubung antara alumni, alma mater dan pelajar telah berkesempatan menyantuni, Encik Rozaini Ab Rahim yang kini diuji dengan masalah jantung. Rozaini Ab Rahim merupakan alumni UPM dan beliau merupakan mantan Pengurus Alumni UPM.

Terdahulu, satu perlawanan amal bola sepak iaitu Serdang Bees 40-an dan alumni UUM Legend telah diadakan di padang bola sepak, Pusat Sukan UPM. Perlawanan amal itu selain daripada mengeratkan hubungan alumni semasa alumni, di bawah program MEKAR Siri 7 mereka telah sepakat untuk menyalurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban Rozaini yang bakal menghadapi pembedahan jantungnya. 

Sumbangan itu telah pun diserahkan oleh Presiden Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA), Encik Norsyariman Md Ariff bersama wakil pegawai dari Pusat Perhubungan Alumni UPM kepada Saudara Rozaini. 

Apa yang diharapkan agar sumbangan yang kecil ini dapat meringankan beban Saudara Rozaini dan lebih penting lagi, kebersamaan semua pihak dalam membantu alumni yang memerlukan yang diharapkan. Biarkan ringan sama jinjing dan berat sama dipikul.

Seluruh warga UPM mendoakan semoga pembedahan jantung Saudara Rozaini berjalan lancar dan dipermudahkan. 

Kami di Pusat Perhubungan Alumni sentiasa akan menjadi nadi penghubung untuk terus semarakkan Seruan Al-Falah dari menara ilmu untuk semua warga UPM. 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 17/05/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaVAj~