Bukan Mudah Untuk Menggapai Kejayaan – Ng Jing Wen | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Bukan Mudah Untuk Menggapai Kejayaan – Ng Jing Wen

Bukan Mudah Untuk Menggapai Kejayaan – Ng Jing Wen

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Foto : Afif Farhan Nazri 

 

SERDANG, 21 Mac – Majlis Konvokesyen UPM Ke-45 masuk hari ketiga berlangsung. Pada hari ketiga berlangsungnya majlis konvokesyen ini, seramai 759 graduan telah diraikan dalam majlis yang meriah dan penuh warna-warni. 

Ini bermakna perjalanan mereka sebagai alumni UPM juga telah bermula. Bagi Saudari Ng Jing Wen, Bacelor Sains (Dietetik) yang merupakan Alumni kelas 2021, hari ini adalah hari yang teristimewa baginya. Biarpun masih dihimpit dengan pandemic Covid-19, namun beliau bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai naik ke pentas dan menerima ijazahnya. 

Lebih istimewa lagi, Ng Jing Wen yang merupakan penerima Biasiswa Alumni iatu daripada Yayasa Pak Rashid turut dinobatkan sebagai pemenang pingat Yayasan pak Rashid. 

“Segala pengorbanan saya, pensyarah dan keluarga berhasil apabila hari ini saya mampu membuatkan mereka tersenyum dan mungkin berbangga. Saya sendiri berasa puas dengan apa yang telah saya berikan selama ini dan apabila diumumkan selaku pemenang pingat Yayasan Pak Rashid, saya rasa saya sudah lakukan yang terbaik untuk penaja saya,” ujarnya. 

 “Selaku penerima biasiswa alumni iaitu Yayasan Pak Rashid, saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus menjaga nama baik penaja dan juga UPM. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni dan Yayasan Pak Rashid kerana banyak membantu saya sehingga dinobatkan selaku penerima pingat emas Yayasan Pak Rashid. 

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang mudah, kerana saya perlu seimbangkan pencapaian akademik dan juga keterlibatan dalam kokurikulum. Saya perlu bahagikan masa sebaiknya untuk saya berjaya dalam dua-dua bidang iaitu akademik dan juga kokurikulum. 

Saya juga berasa puas apabila selama menuntut ilmu di UPM banyak yang telah saya pelajari. Bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga dapat menambah kawan dan paling utama, saya dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya sendiri. 

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yayasan Pak Rashid yang menaja pengajian dan juga terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni kerana banyak membantu saya selama ini,” akhirinya. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudari Ng Jing Wen dan terus kejar impian dan cita-cita. 

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 18/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcTAE~