Oleh: Shahirah Alia Azahar
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 23 Oktober - Sesi forum yang dipimpin oleh alumni UPM, En. Mohammad Aswad Mohammad Allaudin dan Dr. Hong Siaw Swin @ Almaz, telah membawa pelbagai perspektif yang mendalam dan relevan. Perbincangan yang berjalan lancar dan sesi soal jawab yang interaktif membuktikan betapa pentingnya platform ini untuk menghubungkan alumni dengan pelajar semasa.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu, tetapi juga untuk memperkukuh jaringan di kalangan alumni dan pelajar. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dan inspirasi untuk terus maju dalam kerjaya masing-masing.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, serta Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad. Kehadiran mereka memberikan inspirasi dan semangat kepada semua peserta.
Terima kasih kepada semua peserta yang meluangkan masa dan memberi sokongan.

-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 04/11/2024 | Kemaskini: 06/01/2025 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor