“Biasiswa Alumni Chapter Cyperus 92 Realisasikan Impian Saya” – Nor Laila Sari Salion | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » “Biasiswa Alumni Chapter Cyperus 92 realisasikan impian saya” – Nor Laila Sari Salion

“Biasiswa Alumni Chapter Cyperus 92 realisasikan impian saya” – Nor Laila Sari Salion

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 11 Januari 2022 – Nor Laila Sari Salion graduan dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, pengkhususan dalam bidang Diploma Pertanian, Kampus Bintulu, Sarawak, hari ini meraikan kejayaannya menggengam segulung Diploma Pertanian. 

Setelah mengharungi empat tahun pengajian, pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-44, Nor Laila Sari, antara salah seorang graduan yang menerima diplomanya. Bagi bekas penerima penajaan Biasiswa Alumni daripada Chapter Cyperus 92 ini, kejayaannya pada sangat manis apabila turut diraikan oleh bekas penajanya yang diwakili oleh Puan Suhana Md Chairi. 

“Selama empat tahun saya berjuang demi segulung diploma. Pertanian merupakan bidang yang memang minat saya. Kesusahan keluarga banyak mendorong saya untuk tamatkan pengajian dengan jayanya agar saya mampu nasib keluarga. 

Saya banyak terhutang budi dengan Chapter Cyperus 92 yang selama ini telah menaja pengajian hingga saya tamat pengajian. Jika tiada penajaan ini agar sukar untuk saya melaluinya kerana saya bukanlah daripada keluarga yang senang. 

Dengan adanya penajaan ini saya boleh fokus pada pengajian dan tidak perlu risaukan mengenai kos pembelanjaan sepanjang saya di kampus. Dengan penajaan ini sebenarnya banyak ringankan beban keluarga, mereka boleh beri keutamaan kepada adik-adik yang lain. 

Pada kesempatan ini, tiada kata yang boleh saya luahkan selain jutaan terima kasih kepada setiap seorang alumni dalam Chapter Cyperus 92 yang telah realisasikan impian saya menggengam segulung diploma. Insya-allah hubungan baik ini terus berkekalan. 

Doakan saya juga mampu kembali bakti kepada alma mater sebagainya mereka lakukan kepada saya selama ini. Slogan ‘Kami Bangga Menjadi Alumni UPM’ akan terus tersemat kukuh di hati saya dan saya percaya ada semua graduan,” akhirinya. 

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 26/01/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFCGAf~