Biasiswa 2 Generasi Menerusi Jualan Lukisan Batik Canting Capai Objektif | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Biasiswa 2 Generasi Menerusi Jualan Lukisan Batik Canting Capai Objektif

Biasiswa 2 Generasi Menerusi Jualan Lukisan Batik Canting Capai Objektif

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG, 27 Julai - Biasiswa 2 Generasi menerusi jualan Lukisan Batik Canting yang telah berlangsung pada 9 Jun hingga 9 Julai lalu, telah berjaya mencapai objektifnya, apabila dana berjaya dikumpulkan untuk membolehkan penajaan ke atas seorang pelajar diploma.

Pencapaian ini adalah hasil daripada kebersamaan para alumni dan staf UPM dalam usaha bersama-sama menjayakan pameran yang diilham oleh staf UPM ini. Selama sebulan pameran berlangsung sebanyak RM 15,000 telah berjaya dikumpul dan membolehkan pewujudan Biasiswa 2 Generasi yang bakal menaja seorang pelajar peringkat diploma. 

Usaha murni ini menunjukkan semangat cintakan alma mater masih menebal dikalangan alumni UPM apabila ada dikalangan mereka yang sanggup membelu lukisan untuk menunjukka semangat kebersamaan dalan setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh UPM. 

Pusat Perhubungan Alumni yang turut bekerjasama dalam program ini menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang bersama-sama menjayakan pameran ini. 

Sekurang-kurang seorang pelajar yang amat memerlukan pendanaan untuk meneruskan pengajian yang bakal mengubah nasib keluarganya dapat dibantu dengan wujudnya Biasiswa 2 Generasi ini. 

Disamping itu, Pusat Perhubungan Alumni selaku entiti yang berhubung dengan alumni selain daripada Persatuan Alumni UPM, akan terus menyokong setiap usaha yang dilakukan dalam usaha membawa kembali alumni menyumbang kepada alma mater dan juga usaha untuk bersama-sama membantu pelajar yang memerlukan. 

 

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYGAa~