BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 ENTITI HEPA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 ENTITI HEPA

BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 ENTITI HEPA

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 5 Jan – Bertempat di Balai Minda Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Bengkel Pencapaian KPI 2022 dan Perancangan Tindakan 2023 Entiti HEPA telah berjaya dilaksanakan.

Kesemua 16 entiti HEPA termasuk Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) hadir bersama bagi pembentangan pencapaian bagi tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023. Bengkel ini adalah untuk melihat kekangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam satu-satu program dan projek yang telah dan bakal dilaksanakan. Dalam bengkel ini juga akan diperhalusi setiap program yang dilakukan apakah menepati objektif dan impak yang ingin dicapaikan sama ada daripada para pelajar dan juga setiap entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Turut hadir pada sesi berkenaan Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Encik Abadullah Arshad, Ketua Pentadbiran HEPA, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar, para pegawai dan staf setiap entiti yang terlibat.

Pembentangan ini dilakukan pada setiap penghujung tahun bagi melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas setiap program dan projek yang dijalankan. Setiap program yang dijalankan harus mengambil kira impak ke atas pelajar dan memberi manfaat kepada Universiti serta dapat membawa nama baik Universiti bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Secara keseluruhannya, tahun 2022 ditutup dengan penuh kejayaan dan diharapkan perjalanan tahun 2023 meskipun pasti ada cabarannya, peningkatan daripada tahun 2022 diharapkan kepada semua entiti.

Tarikh Input: 19/01/2023 | Kemaskini: 20/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEXOAf~