Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 9 September - Bengkel Pemerkasaan Penjanaan Alumni UPM yang telah berlangsung pada 9 September 2024 di Blok I, Fakulti Pengajian Pendidikan, berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Sesi ini telah berjaya mendapat pelbagai input yang bermanfaat hasil pengumpulan idea daripada para peserta yang memperkenalkan strategi-strategi yang lebih efektif untuk memastikan kesinambungan dan pengukuhan jaringan alumni. Kerjasama yang erat antara alumni dan universiti bukan sahaja menjanjikan peluang yang lebih luas, tetapi juga meningkatkan potensi bersama yang boleh diterokai pada masa hadapan.

Kami amat berharap agar semangat yang membara sepanjang bengkel ini dapat diteruskan dan diterjemahkan ke dalam tindakan konkrit dalam program-program yang akan datang. Sesungguhnya, dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan menjadi asas yang kukuh untuk membina masa depan yang lebih gemilang bagi semua warga alumni UPM.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat hadir dan memberikan komitmen yang tinggi untuk memajukan inisiatif penjanaan alumni UPM.
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor