Belia Pelihara Budaya Dalam Siri ALUMNI P.K.P Ke-23 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Belia Pelihara Budaya dalam siri ALUMNI P.K.P ke-23

Belia Pelihara Budaya dalam siri ALUMNI P.K.P ke-23

23 Oktober 2020, UPM - Dalam menghadapi masa yang sukar ini akibat penularan COVID-19, ACUPM berusaha untuk menyediakan pelbagai cara agar alumni kekal berhubung dengan UPM dan komuniti alumni. Alumni P.K.P (Prihatin.Kolaboratif.Proaktif) merupakan siri webinar yang mengumpulkan para profesional alumni dalam komuniti untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kerja mereka dengan pelajar, staf dan komuniti.

Program Alumni P.K.P siri 23 ini telah disampaikan oleh Encik Adidi Tamin, Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Alumni Kelas 2007 bertajuk “Belia Pelihara Negara”. Program ini berjaya menarik 57 peserta dalam laman Cisco Webex dan 562 tontonan di penstriman video Facebook Alumni UPM.

Sepanjang program berlangsung, penceramah berkongsi pengalaman beliau sewaktu mengendalikan program kebudayaan dan menguruskan kumpulan-kumpulan pelajar kebudayaan ke sesuatu pertandingan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Beliau berpandangan belia seharusnya mengenali dan meminati budaya bangsa dan memelihara agar budaya ini kekal relevan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 06/11/2020 | Kemaskini: 06/11/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXESKAB~