Bantuan Peranti Dan Pelan Data Kepada Pelajar Yang Memerlukan Pada Semester Baharu. | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » bantuan peranti dan pelan data kepada pelajar yang memerlukan pada semester baharu.

bantuan peranti dan pelan data kepada pelajar yang memerlukan pada semester baharu.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif baru untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan memberi bantuan peranti dan pelan data kepada pelajar yang memerlukan pada semester baharu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata UPM telah mewujudkan tabung ‘1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit’ (1A1SR) melalui Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bagi merealisasikan bantuan tersebut.

“Jumlah sumbangan adalah yang terkini adalah sebanyak RM14,400 serta program ini melibatkan kerjasama dari ARCUPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pejabat Bursar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud berkata seramai lima pelajar yang akan menerima bantuan tersebut pada semester baru yang bermula pada bulan Mac 2021.

“Untuk semester ini lima pelajar UPM akan menerima bantuan itu dalam memberikan kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi pemangkin untuk UPM terus membantu pelajar dalam bidang akademik serta mengurangkan beban pelajar kepada keluarga,” katanya.

Pelajar Tahun 1, Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Nurafifah Samudin berkata dia bersyukur dengan adanya bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk terus menjalani pembelajaran secara dalam talian.

“Saya terpaksa menangguhkan pengajian untuk semester lepas untuk memberi laluan kepada adik beradik saya menjalani PdP di rumah dan saya akan manfaatkan bantuan ini untuk saya berjaya dalam pengajian saya,” katanya.

Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | sufian.ismail

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BVMTFOS:05:14