Audit Pensijilan Semula SPK QMS Sirim 9001: 2015 Di Pusat Perhubungan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Audit Pensijilan Semula SPK QMS Sirim 9001: 2015 di Pusat Perhubungan Alumni

Audit Pensijilan Semula SPK QMS Sirim 9001: 2015 di Pusat Perhubungan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini nik Hassan 

 

 

SERDANG, 18 Okt - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melalui pengauditan SIRIM 9001: 2015 dan Juruaudit yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit ARCUPM ialah, Encik Wan Khairul Anuar Wan Ali dan pegawai pemantau Puan Rita Anak Bajak dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) manakala pegawai pengiring dari ARCUPM pula ialah Puan Nik Hafzaini Nik Hassan dan Puan Sarah Rahim.

Sepanjang proses pengauditan berlangsung semua warga ARCUPM telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyediakan keperluan dokumen yang dikehendaki oleh Juruaudit sepenuhnya. Sesi audit yang berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir 4.30 petang berjaya dilepasi dengan lancar. Setiap dokumen yang dikehendaki berjaya diserahkan untuk semakan pihak auditor. 

Prosedur pengauditan ini adalah prosedur biasa yang perlu dilalui dalam memastikan setiap jabatan dan PTJ mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan dalam mencapai QMS Sirim 9001: 2015.

Tahniah Pusat Perhubungan Alumni atas komitmen, kerjasama dan kualiti staff Pusat Perhubungan Alumni UPM yang sentiasa melaksanakan penyampaian perkhidmatan dengan efisien dan efektif.

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbLAB~