Sedang, 13 Mei 2025, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengekalkan budaya kerja cemerlang dan memperkukuh proses penambahbaikan berterusan.
Audit ini bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti yang diterapkan di ARCUPM berada pada landasan yang betul, mematuhi piawaian antarabangsa, dan dapat memberikan perkhidmatan yang efektif serta efisien kepada semua pihak berkepentingan termasuk alumni, pelajar, dan universiti.
Pelaksanaan audit juga merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti proses kerja sejajar dengan prinsip integriti, kecekapan, dan profesionalisme. Diharapkan warga ARCUPM terus komited dalam menyumbang kepada kecemerlangan Universiti Putra Malaysia melalui sistem pengurusan yang mantap dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor