Audit Dalaman EKSA Siri 2 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Audit Dalaman EKSA Siri 2

Audit Dalaman EKSA Siri 2

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan audit dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang kedua pada 22 Disember 2023. Penguaditan ini dilaksanakan untuk menilai penambahbaikan yang telah dibuat dari setiap zon kawasan EKSA berpandukan kepada penilaian audit dalaman pertama yang telah dijalankan pada 26 September 2023.

Audit Dalaman EKSA Siri 2 ini adalah untuk persediaan akhir sebelum penilaian EKSA oleh Penilai Luar bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) tidak lama lagi. 

ARCUPM pada penilaian HKIP bagi tahun 2022 telah memenangi beberapa hadiah dan kategori yang dipertandingkan. Untuk tahun 2023/2024 semangat jitu dan kebersamaan untuk terus membudayakan amalan EKSA dan sebagainya masih diteruskan. 

Pelbagai aktiviti dan beberapa siri gotong-royong telah dijalankan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj). Komitmen dan sokongan padu daripada semua staf bermula peringkat pengurusan hinggalah operasi tidak ketinggalan untuk bersama-sama membudayakan amalan ini.  

Audit Kendiri antara pemangkin kepada staf untuk mengharmonikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif. Menerusi audit kendiri, setiap staf tahu kedudukan masing-masing dan di mana harus diperbaiki untuk sama-sama membantu PTj meraih tempat yang terbaik dalam penilaian HKIP yang dijanka dilakukan sekitar Ogos 2024. 

Cara kerja yang bermutu tinggi akan memperlihatkan hasil kerja yang terbaik. Salah satu cara adalah dengan mengamalkan susun gerak cara EKSA di tempat kerja. Berpandukan kepada itu, ARCUPM sentiasa komited dalam menjalankan dan mengamalkan pembudaya EKSA. Ini bukan sahaja untuk keselesaan persekitaran tempat bekerja tetapi juga meningkatkan mutu dan prestasi kerja dengan menonjolkan unsur-unsur korporat yang tinggi.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcQA3~