ARCUPM Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » ARCUPM Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ

ARCUPM Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 25 Ogos - Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan UPM telah menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang bersama-sama dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tersebut. 

Dengan membawakan tema '3 Zaman', ARCUPM membawakan kelainan dengan melakonkan sketsa mini membawa pengkisahan mengenai zaman penjajahan British, Jepun dan juga zaman kini iaitu Keluarga Malaysia. 

 

Selain itu, bertempat di read@uni Laman Al-Falah ARCUPM, dipamerkan info-onfi dan fakta sejarah berkaitan dengan pejuang-pejuang yang terdahulu dalam usaha mempertahankan tanah air daripada terus dicengkam oleh penjajah. 

Ini adalah satu usaha dalam menghidupkan penghargaan terhadap perjuangan mereka yang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan tanah air. 

Pada sesi penjurian yang turut diadili oleh Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu, ruang legar dan pejabat ARCUPM turut dihiasi dengan dekorasi bertemakan kemerdekaan dan juga memasang bendera jalur gemilang tanda menghidupkan dan menyemarakan sambutan bulan kemerdekaan di PTJ ARCUPM.

Kebersamaan dan kerjsama yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan ARCUPM dan juga staf telah membuahkan hasil apabila ARCUPM diumumkan menduduki tangga keempat pertandingan dan berjaya membawa pulang wang tunai RM300, piala dan juga sijil penyertaan.

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdWAc~