ARCUPM Santuni Sekolah Sri Serdang, Dengan Pemberian Sumbangan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » ARCUPM Santuni Sekolah Sri Serdang, Dengan Pemberian Sumbangan

ARCUPM Santuni Sekolah Sri Serdang, Dengan Pemberian Sumbangan

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 14 April – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) hari ini telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Sri Serdang (SKSS) bagi menyampaikan sumbangan daripada Program Musaadah Ramadan 2.0: Tautan Mahabbah 6.0 kepada pelajar asnaf dan yatim.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam menyantuni para pelajar yatim dan asnaf dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud kepada pihak SKSS. Dengan pemberian sumbangan ini sekaligus hasrat yang dicitrakan oleh Naib Canselor UPM YH. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman dalam Naratif Naib Canselor 2022 iaitu ‘Menjuarai Misi Universiti Untuk Masyarakat’ telah pun dapat direalisasikan.

Sebagai sebuah Universiti yang sentiasa melahirkan graduan dengan keinsanan yang tinggi, kecaknaan kepada masyarakat dan komuniti tidak pernah dilupakan.

ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yangb turut sama-sama memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Terdahulu, Program Musaadah Ramadan ini merupakan program yang berterusan dan diadakan pada setiap tahun dengan menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan juga para pelajar UPM sendiri. Semoga dengan usaha yang kecil ini dapat memberi kegembiraan dan keberkatan untuk semua.

Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 10/06/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaTAD~